Semalam abg kata, kalau kita ada impian contohnya nak kurus, kita kene tulis...so i decide nak tulis kat cni..hehehe..boleh tak bang?
Aku suka tengok orang cantik, orang kurus dan sihat. Aku rasa hidup orang camni sangat gembira. Bila kurus dan sihat, dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit. Aku salu compare diri sendiri dengan orang lain. Bila tengok orang cantik dan sihat, hati berkobar2 ingin cantik dan sihat juga. Tapi 1 problem aku....aku tak berdisiplin. Camne nak mendisiplinkan diri untuk kawal pemakanan dan diet ku....mmm....semangat untuk kurus aku amik dari sahabat yang paling dekat dengan aku. (Magh & Kak Pah )...hahaha....
Oklah...mari kita tengok sejarah berat badan aku...
Sebelum ni aku bukanlah kategori berat sangat...52kg je.....tapi bila masuk tahun akhir universiti dan sepanjang buat master berat aku naik sampai 65kg...sangat gemok untuk orang yang tak cukup tinggi cam aku(160cm je).
Bila dah bekerja ni, berkobar2 la semangat nak kembali ke berat asal 52kg. Macam cara aku cuba tapi tak berkesan. Kadang aku rasa frust gila. Pernah 2 minggu aku tak makan nasi tapi tak turun pun berat aku. Rasa nak nangis pun ada. Akhir bulan September lepas Magh perkenalkan aku dengan Herbalife. Masa berat aku dah turun sikit jadi 63kg. Magh suh aku cuba then aku pun decidelah nak cuba. Aku amik awal bulan October lepas. mmmm......shake2..tapi berat aku tak turun2 gak..hahaha...(sbb aku tak berdisiplin.)
Then aku cuba mendisiplin diri aku untuk control makan dan buat senaman sikit2. Alhamdulillah, berat aku dah berkurang walaupun takdelah banyak mana pun. Sekarang berat aku 58kg. Alhamdulillah badan dah rasa ringan sikit. Tapi aku masih berazam untuk kurangkan berat aku ke 52kg. Bukan senang nak turunkan berat. memerlukan banyak pengorbanan. Sape yang tak sanggup berkorban, tak payah mimpi lah berat anda akan turun. Nak tambah berat sangat2 lah senang sbb kita kene makan banyak2. Tapi kalau nak kurangkan berat bagi aku, amat perit gakla..(mmg perit pun)....kadang2 kita dah control makan macam apa dah..macam2 kita pantang tapi berat tak turun2 juga. Rasa kecewa sangat2 sampai kadang2 tu aku menangis sorang2.hahaha..(anak manja).
Aku decide nak tulis bende ni kat cni supaya aku baca dan selalu ingat dan aku akan lebih bersemangat untuk kurus dan hidup sihat macam orang lain. Aku sangat takut pada penyakit tambah lagi keturunanan aku jenis yang berbadan besar n banyak penyakit. Aku tak mau sakit...tidakkk....
Aku kene kurus. Berdisiplinlah untuk kurus Nurul Afifah. You can do it! Apa plan aku untuk mencapai target untuk capai berat 52kg?
1. Pergi kelas aerobik 3x seminggu.
2. Sauna 2x sebulan.
3. Joging 1x seminggu.
huhuhu...ni je plan aku untuk masa yang terdekat ni. Dan sebelum masuk tahun 2010, aku target berat aku mestilah 55kg. Caiyok Nurul Afifah!....sebulan je lagi...i can do it!
we will see apa result dia sebulan lagi.hehehe....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teehee..jd berat badan kurang x?heheh
ReplyDeleteadoi ai..cmne nnt pas bersalin nih..
ade 2 perkara lagi kene ambik kire :
ReplyDeletea) jadual makan
b) kalori intake
c) penggunaan kalori
d) stress management
semoga berjaya :)
p/s: tima kasih sebab ade buat review :)