Thursday, September 30, 2010

Breastpump

Sangat pening mencari breastpump terbaik. Ade yang elok tapi mahal sangat. Manalah saya mampu nak membeli breastpump yang harga riban2...adoi....saya just mampu beli jenama spectra je. Saya bercadang untuk membeli breastpump Spectra 3. Saya sedang mencari mana-mana kedai yang menawarkan pakej yang murah. Susah juga ye nak cari barang yang murah yang yang bersesuaian dengan kemampuan kita?

Semoga Allah mempermudahkan urusan ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya. Amin...

Monday, September 27, 2010

22 weeks

My baby now 22 weeks in womb. Alhamdulillah dah lepas fasa loya-loya dan muntah2 segala. Tapi masalahnya sekarang saya tak dapat nak control nafsu makan.huhuhu.....berat naik 6 kg dalam masa 3 minggu. Risau juga dengan berat tapi saya tak buat pape pun untuk mengurangkan pertambahan berat.

Saya dan husband sangat teruja untuk menunggu kelahiran anak kami yang pertama ni. Tanda cinta kami. Alhamdulillah. Terima kasih Allah yang telah memberi kami zuriat ini. Berkatilah dan lindunganilah kami dan payunglah kami dengan rahmatMu Allah.

Sejak minggu 19, saya dapat merasakan pergerakan baby saya dalam perut ni. Semakin minggu semakin aktif anak ini. Saya suka, gembira....sayang anak mummy. Kamu dah buat hidup mummy gembira setiap saat. Sihatlah kamu di dalam perut mummy ye sayang.=)

Tuesday, June 1, 2010

I'm Pregnant

Alhamdulillah Allah mengabulkan doa kami suami isteri.






Pagi ni p jumpa doc....doc sahkan aku mengandung 4 minggu. Sebelum solat subuh tadi aku dah test sendiri tapi aku kurang percaya. Aku bagitau husband n mak aku n my mum told me to see the doctor. Lega lps jumpa doctor sahkan aku pregnant. Bagus juga aku tau kalau tak, mesti aku masih amik ubat demam n segala ubat yang doctor bagi sbb aku mmg kurang sihat sblm ni.

rasa teruja nak tulis blog ni balik bcoz of my firts baby. Taknak lupakan saat2 ni. My husband really hepi. Sangat suka bila my hubby gembira.=)


Tuesday, November 10, 2009

Aku nak kurus

Semalam abg kata, kalau kita ada impian contohnya nak kurus, kita kene tulis...so i decide nak tulis kat cni..hehehe..boleh tak bang?

Aku suka tengok orang cantik, orang kurus dan sihat. Aku rasa hidup orang camni sangat gembira. Bila kurus dan sihat, dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit. Aku salu compare diri sendiri dengan orang lain. Bila tengok orang cantik dan sihat, hati berkobar2 ingin cantik dan sihat juga. Tapi 1 problem aku....aku tak berdisiplin. Camne nak mendisiplinkan diri untuk kawal pemakanan dan diet ku....mmm....semangat untuk kurus aku amik dari sahabat yang paling dekat dengan aku. (Magh & Kak Pah )...hahaha....

Oklah...mari kita tengok sejarah berat badan aku...
Sebelum ni aku bukanlah kategori berat sangat...52kg je.....tapi bila masuk tahun akhir universiti dan sepanjang buat master berat aku naik sampai 65kg...sangat gemok untuk orang yang tak cukup tinggi cam aku(160cm je).

Bila dah bekerja ni, berkobar2 la semangat nak kembali ke berat asal 52kg. Macam cara aku cuba tapi tak berkesan. Kadang aku rasa frust gila. Pernah 2 minggu aku tak makan nasi tapi tak turun pun berat aku. Rasa nak nangis pun ada. Akhir bulan September lepas Magh perkenalkan aku dengan Herbalife. Masa berat aku dah turun sikit jadi 63kg. Magh suh aku cuba then aku pun decidelah nak cuba. Aku amik awal bulan October lepas. mmmm......shake2..tapi berat aku tak turun2 gak..hahaha...(sbb aku tak berdisiplin.)

Then aku cuba mendisiplin diri aku untuk control makan dan buat senaman sikit2. Alhamdulillah, berat aku dah berkurang walaupun takdelah banyak mana pun. Sekarang berat aku 58kg. Alhamdulillah badan dah rasa ringan sikit. Tapi aku masih berazam untuk kurangkan berat aku ke 52kg. Bukan senang nak turunkan berat. memerlukan banyak pengorbanan. Sape yang tak sanggup berkorban, tak payah mimpi lah berat anda akan turun. Nak tambah berat sangat2 lah senang sbb kita kene makan banyak2. Tapi kalau nak kurangkan berat bagi aku, amat perit gakla..(mmg perit pun)....kadang2 kita dah control makan macam apa dah..macam2 kita pantang tapi berat tak turun2 juga. Rasa kecewa sangat2 sampai kadang2 tu aku menangis sorang2.hahaha..(anak manja).

Aku decide nak tulis bende ni kat cni supaya aku baca dan selalu ingat dan aku akan lebih bersemangat untuk kurus dan hidup sihat macam orang lain. Aku sangat takut pada penyakit tambah lagi keturunanan aku jenis yang berbadan besar n banyak penyakit. Aku tak mau sakit...tidakkk....

Aku kene kurus. Berdisiplinlah untuk kurus Nurul Afifah. You can do it! Apa plan aku untuk mencapai target untuk capai berat 52kg?

1. Pergi kelas aerobik 3x seminggu.
2. Sauna 2x sebulan.
3. Joging 1x seminggu.

huhuhu...ni je plan aku untuk masa yang terdekat ni. Dan sebelum masuk tahun 2010, aku target berat aku mestilah 55kg. Caiyok Nurul Afifah!....sebulan je lagi...i can do it!

we will see apa result dia sebulan lagi.hehehe....

Wednesday, October 28, 2009

Tiada subsidi minyak(2)

Aku sedikit sebanyak terkesan kerana kegawatan yang melanda dunia sekarang. Apa lagi bila ianya melibatkan petrol. Mula2 minyak ron95 naik kepada rm2.05. Sekarang ni tiada subsidi minyak plak. Tapi adakah rakyat akan berdiam diri je?

Isu kenaikan harga minyak bukan lagi isu baru di Malaysia. Aku hairan kenapa Malaysia yang boleh mengeluarkan minyak sendiri masih ingin menaikkan harga sama dengan negara yang tidak mengeluarkan minyak(contoh terdekat Thailand.). Kerajaan berjanji untuk mengkaji golongan sasaran yang akan diberikan subsidi(aku harap aku termasuk dalam golongan yang menerima subsidi). Sangat tertekan bila memikirkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan hidup kita seharian.

Tidak banyak yang boleh aku kongsikan kerana kejahilan akyu dalam ilmu ekonomi ini. InsyaAllah aku akan emncari lebih banyak ilmu untuk dikongsikan bersama disini.

Di sini sedikit ilmu untuk dikongsikan.(copy dari wanpaiye.blogspot)

Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

boleh tak anda percaya bahawa pada 2006....dengan kadar ringgit malaysia bersamaan satu dolar adalah RM3.75...di masa itu minyak pada tahap USD65 atau bersamaan RM243.75
jika dibahagi dengan 159 liter harga nya adalah antara RM1.53 hingga RM1.60..tetapi pada masa itu kita mesti membayar dengan kadar RM 1.92 dengan jumlah subsidi yang kita sendiri pun tidak diberitahu secara tepat...dan kenapa tiada sesiapa pun di kalangan org kerajaan memberitahu rakyat malaysia tentang ini...adakah sememangnya kerajaan selama ini mengambil untung dari penjualan minyak dengan mewar2kan bahawa subsidi telah di bagi kepada rakyat...walhal sememangnya tiada langsung subsidi...ada tak siapa2 dari org kerajaan memberi penjelasan kepada kita rakyat malaysia tentang kemuskilan ini...

Tuesday, October 27, 2009

Tiada subsidi minyak?

Kebiasaan aku bangun pagi tengok berita dulu baru mandi..hehehe....berita yang buat aku berfikir sepanjang hari ni ialah "Tiada Subsidi Minyak mulai 2010". Kalau tiada subsidi untuk petrol, mampukah aku menanggung keretaku (Blacky)?..Instalment bulan2 dan RM600...kalau takde subsidi ni nanti mau perbelanjakan aku untuk petrol jadi RM300 lebih sebulan. Sekarang ni pun walaupun hanya menggunakan ron 95, belanja petrol blacky RM150 sebulan.

Kesan kenaikan harga minyak?
Apa yang aku fikirkan, bila minyak naik otomatik harga barang pun naik. Bila harga barang naik of course belanja untuk isi rumah juga akan meningkat. Apakah akan berlaku pada rakyat negara ini jika keadaan ini betul2 berlaku?...Adakah ini dinamakan "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan"?.....

Untuk aku yang baru nak memulakan hidup dan memulakan kerjaya, aku rasa aku bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih dasyat selepas ini. Masa mula-mula kerja, nampak gaji RM2K lebih, ingatkan banyaklah untuk setakat belanja aku sorang dan blacky ku itu..tapi mimpi tak selalunya indah...aku rasa hidup masa bergelar students dulu lebih senang(banyak duit) dari hidup sekarang ni.

bersambung....

Monday, October 26, 2009

Ilmu baru....improve our knowledge

Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan mengabdikan diri kepadaMu. Apakah yang aku lakukan hari ini untuk menjadikan diriku bertambah baik dari hari semalam?.......

Hari ni aku jadi 'guru pengiring' Program Latihan Kepenggunaan Bersama IPT Negeri Perlis. Aku suka berada di majlis ilmu kerana banyak malaikat di sana..huhuhu...selain dapat meningkatkan dan menambah ilmu(yang penting nawaitu kerana Allah). Apa yang disampaikan dalam program ni?....Salah satu topik yang aku suka ialah Pengurusan Kewangan. Topik ni membincangkan pengurusan kewangan pengguna, menabung, kad kredit dan pelaburan. Aku sangat-sangat suka topik ni since aku bekerja. Masa belajar dulu tak pernah pun fikir pasal kewangan. Ada duit dapat makan, takde duit duk diam2....kalau nak tambah pahala, masa takde duit puasa(kalau masa ade duit pun puasa gak).

Sejak bekerja, aku sangat suka buka satu blog ni, rmphilo.blogspot.com. Kat sini aku dapat banyak ilmu baru. Alhamdulillah. Kat dalam bog ni banyak perbincangan mengenai pengurusan kewangan, ASB, jimat dll. Dan kenapa aku pilih blog ni...sbbnya dalam keghairahan dalam menjana kewangan, pemilik blog ni tak lupa pasal agama. Agama merupakan elemen rujukan yang utama.

brsambung.....