Kebiasaan aku bangun pagi tengok berita dulu baru mandi..hehehe....berita yang buat aku berfikir sepanjang hari ni ialah "Tiada Subsidi Minyak mulai 2010". Kalau tiada subsidi untuk petrol, mampukah aku menanggung keretaku (Blacky)?..Instalment bulan2 dan RM600...kalau takde subsidi ni nanti mau perbelanjakan aku untuk petrol jadi RM300 lebih sebulan. Sekarang ni pun walaupun hanya menggunakan ron 95, belanja petrol blacky RM150 sebulan.
Kesan kenaikan harga minyak?
Apa yang aku fikirkan, bila minyak naik otomatik harga barang pun naik. Bila harga barang naik of course belanja untuk isi rumah juga akan meningkat. Apakah akan berlaku pada rakyat negara ini jika keadaan ini betul2 berlaku?...Adakah ini dinamakan "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan"?.....
Untuk aku yang baru nak memulakan hidup dan memulakan kerjaya, aku rasa aku bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih dasyat selepas ini. Masa mula-mula kerja, nampak gaji RM2K lebih, ingatkan banyaklah untuk setakat belanja aku sorang dan blacky ku itu..tapi mimpi tak selalunya indah...aku rasa hidup masa bergelar students dulu lebih senang(banyak duit) dari hidup sekarang ni.
bersambung....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment