Monday, October 26, 2009

Ilmu baru....improve our knowledge

Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan mengabdikan diri kepadaMu. Apakah yang aku lakukan hari ini untuk menjadikan diriku bertambah baik dari hari semalam?.......

Hari ni aku jadi 'guru pengiring' Program Latihan Kepenggunaan Bersama IPT Negeri Perlis. Aku suka berada di majlis ilmu kerana banyak malaikat di sana..huhuhu...selain dapat meningkatkan dan menambah ilmu(yang penting nawaitu kerana Allah). Apa yang disampaikan dalam program ni?....Salah satu topik yang aku suka ialah Pengurusan Kewangan. Topik ni membincangkan pengurusan kewangan pengguna, menabung, kad kredit dan pelaburan. Aku sangat-sangat suka topik ni since aku bekerja. Masa belajar dulu tak pernah pun fikir pasal kewangan. Ada duit dapat makan, takde duit duk diam2....kalau nak tambah pahala, masa takde duit puasa(kalau masa ade duit pun puasa gak).

Sejak bekerja, aku sangat suka buka satu blog ni, rmphilo.blogspot.com. Kat sini aku dapat banyak ilmu baru. Alhamdulillah. Kat dalam bog ni banyak perbincangan mengenai pengurusan kewangan, ASB, jimat dll. Dan kenapa aku pilih blog ni...sbbnya dalam keghairahan dalam menjana kewangan, pemilik blog ni tak lupa pasal agama. Agama merupakan elemen rujukan yang utama.

brsambung.....

No comments:

Post a Comment